Connect with us

ALHIJRAH NEWS

BAPA DAN ANAK MAUT, KENDERAAN DIHEMPAP KONTENA

DALAM NEGARA

BAPA DAN ANAK MAUT, KENDERAAN DIHEMPAP KONTENA

Mangsa Mohd Jadi Pelbi, 53 tahun, dan anak perempuannya, Norfaieza Mohd Jadi, 24 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian apabila kenderaan yang dinaiki mereka dihempap sebuah kontena.

KOTA KINABALU: Dua beranak maut selepas kenderaan Toyota Avanza yang dinaiki mereka dihempap sebuah kontena di Jalan Sepanggar dekat Pelabuhan Sepanggar, semalam.

Mangsa Mohd Jadi Pelbi, 53 tahun, dan anak perempuannya, Norfaieza Mohd Jadi, 24 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit sebelum pasukan bomba dan perubatan tiba ke lokasi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Shahrudin Mat Husain berkata, siasatan awal mendapati lori kontena jenis Hino itu berhenti di lorong kiri untuk melakukan kerja-kerja memunggah kontena yang diletakkan di bahu jalan.

“Ketika kejadian, pemandu treler sedang menaikkan kontena ke atas treler, manakala Toyota Avanza yang dinaiki mangsa berada di lorong kanan menghala ke Pelabuhan Sepanggar.

“Bagaimanapun, kontena tersebut dikatakan hilang keseimbangan secara tiba-tiba sebelum terjatuh ke kanan dan menghempap kenderaan dinaiki dua beranak tersebut,” katanya.

Menurutnya, operasi mengeluarkan mayat kedua-dua mangsa itu dilakukan oleh pasukan bomba dengan bantuan dua kren bagi mengalihkan kontena tersebut mengambil masa lebih tiga jam.

Kematian dua beranak itu disahkan oleh pasukan perubatan Hospital Likas dan dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) untuk dibedah siasat.

Sementara itu Shahrudin berkata pemandu treler berusia 49 tahun ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Brymenedren Godon di talian 010-7768802 atau mana-mana balai polis berhampiran. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading