Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAS MADINAH LANCAR LALUAN KHAS DARI LAPANGAN TERBANG KE MASJID NABAWI 24 JAM SEPANJANG RAMADAN

DUNIA

BAS MADINAH LANCAR LALUAN KHAS DARI LAPANGAN TERBANG KE MASJID NABAWI 24 JAM SEPANJANG RAMADAN

Laluan itu akan menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz dengan Masjid Nabawi, bagi memudahkan pergerakan para pengunjung.

MADINAH: Perkhidmatan Bas Madinah yang dikendalikan oleh Lembaga Pembangunan Wilayah Madinah pada Selasa mengumumkan pelancaran laluan pengangkutan awam khas yang beroperasi 24 jam sepanjang Ramadan.

Laluan itu akan menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz dengan Masjid Nabawi, bagi memudahkan pergerakan para pengunjung, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Pihak berkuasa menggalakkan orang ramai untuk menyemak lokasi perhentian yang ditetapkan bagi perkhidmatan ulang-alik melalui pautan https://madinahbus.mda.gov.sa/img/mod/pub-bus.pdf —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading