Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAYI PEREMPUAN MASIH BERTALI PUSAT DITEMUI DALAM BAKUL PAKAIAN

DALAM NEGARA

BAYI PEREMPUAN MASIH BERTALI PUSAT DITEMUI DALAM BAKUL PAKAIAN

BATU BERENDAM: Seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan ditemui di depan sebuah restoran di Taman Mutiara, Batu Berendam di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 7 pagi, bayi yang masih bertali pusat dan berdarah itu ditemui dalam bakul pakaian berwarna krim dengan beralaskan kain batik dalam keadaan menangis dan masih bernyawa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Raiz Mukhkiz Azman Aziz, berkata bayi itu ditemui seorang pekerja am wanita berusia 51 tahun yang mendakwa terdengar bunyi tangisan ketika berada di kawasan berhampiran.

“Wanita itu terus membawa bayi terbabit ke sebuah klinik berdekatan untuk mendapatkan bantuan bagi menghubungi polis dan juga ambulans.

“Bayi berkenaan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.

Menurut beliau kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dan kertas siasatan telah dibuka oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading