Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BELANJAWAN 2021 LULUS PERINGKAT DASAR

DALAM NEGARA

BELANJAWAN 2021 LULUS PERINGKAT DASAR

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 atau Usul Belanjawan 2021 di peringkat dasar.

RUU tersebut diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti anggota Parlimen melalui undian suara.

Cubaan beberapa ahli Parlimen untuk meluluskan RUU tersebut melalui undian belah bahagi tidak berjaya kerana gagal mendapat sokongan sekurang-kurangnya 15 ahli Parlimen untuk berbuat demikian.

Kelulusan itu diumumkan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Usul itu diluluskan selepas sesi penggulungan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. 

Bagaimanapun, RUU Perbekalan 2021 perlu dibawa ke peringkat jawatankuasa selepas ini untuk dibahaskan sebelum diundi sekali lagi.— AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading