Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BELASAH PELAJAR KERANA MAKANAN, TIGA PELAJAR DIREMAN EMPAT HARI

DALAM NEGARA

BELASAH PELAJAR KERANA MAKANAN, TIGA PELAJAR DIREMAN EMPAT HARI

TANAH MERAH: Tiga pelajar tingkatan lima yang dipercayai membelasah rakannya di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemahang 1, Tanah Merah, direman empat hari bermula hari ini.

Penahanan itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.

Ketiga-tiga suspek itu hari ini dibawa ke Mahkamah Majistret Tanah Merah oleh pihak polis bagi permohonan reman.

Kesemua suspek kelihatan sungul selepas mahkamah menetapkan perintah tahanan reman terhadap mereka.

Semalam, tular di media sosial video dua orang pelajar membelasah seorang pelajar tingkatan satu sambil dirakam rakan mereka di sebuah asrama lelaki.

Kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa bergurau dengan tiga seniornya untuk membelanja mereka makanan segera, namun tidak menunaikannya.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, polis telah menerima laporan daripada mangsa berhubung kejadian di asrama lelaki sekolah tersebut.

Ketiga-tiga suspek ditahan polis petang semalam selepas menerima laporan dari mangsa. – AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading