Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

OPERASI RESTORAN, KEDAI SERBANEKA DILANJUTKAN SEHINGGA 2 PAGI

DALAM NEGARA

OPERASI RESTORAN, KEDAI SERBANEKA DILANJUTKAN SEHINGGA 2 PAGI

KUALA LUMPUR: Operasi restoran dan kedai serbaneka yang sebelum ini dhadkan sehingga jam 12 tengah malam sahaja kini dilanjutkan sehingga jam 2 pagi setiap hari.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran itu diberikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) selepas mendapat banyak pemintaan daripada pengusaha perniagaan terutama di kawasan pelancongan.

“Banyak rungutan terutama di kawasan pelancongan seperti di Pulau Langkawi. Hiburan tidak boleh sebab kita (kerajaan) tidak benarkan jadi makan sahaja yang boleh.

“Pengusaha minta kita melanjutkan tempoh selama dua jam lagi dan mesyuarat bersetuju bukan sahaja di Pulau Langkawi tetapi di kawasan lain juga,” katanya pada Sidang Media Perintah Kawalan Pergerakan (PKPP) di Putrajaya. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading