KUALA LUMPUR: Bekalan air yang sempurna dijangka bakal diterima di Kelantan menjelang 2023, kata Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Lapor Bernama, Tuan Ibrahim berkata ia berikutan terdapat proses pembesaran dan naik taraf di beberapa loji air utama yang sedang dilaksana di negeri itu di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11).
“Isu besar yang berlaku di Kelantan adalah masalah sumber air, (serta) pengambilan sumber air bawah tanah lebih daripada 50 peratus dan menyebabkan kos rawatan sangat tinggi.
“Kerajaan telah pun meluluskan peruntukan baharu untuk kita membuat penambahan (dan) pembesaran loji di Kelantan dan pengurangan NRW (Non Revenue Water) atau kadar air tidak terhasil yang agak tinggi di Kelantan,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Dr Ahmad Azam Hamzah yang ingin tahu sekiranya masalah kualiti air di Kelantan dan masalah bekalan air yang sering terputus di Pahang dapat diselesaikan jika tarif air dinaikkan.
Tuan Ibrahim memaklumkan Pahang adalah antara negeri yang kritikal dari aspek kedudukan kewangan akibat tarif air yang telah lama tidak disemak.
“Di Pahang, semakan terakhir tarif air ialah pada 1983. 37 tahun Pahang tidak pernah menaikkan tarif air dan Pahang merupakan negeri yang paling rendah tarif air iaitu 79 sen pada setiap meter padu,” katanya.
Ekoran itu, kerajaan negeri Pahang akan melakukan migrasi kepada kerajaan pusat pada Oktober ini untuk menyelesaikan tanggungan hutang oleh kerajaan pusat.
Tuan Ibrahim berkata purata tarif air di Malaysia adalah rendah iaitu RM1.39 bagi satu meter padu berbanding purata kos sebenar, RM2.35 bagi satu meter padu.
Kos itu ditanggung oleh operator air untuk membekalkan air kepada pengguna dan keadaan ini menyebabkan operator berada dalam keadaan kewangan yang defisit dan sukar untuk mengekalkan perkhidmatan berkualiti, katanya.
Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) telah memperkenalkan Mekanisme Penetapan Tarif Air yang mempunyai ciri-ciri seperti penyeragaman struktur tarif sedia ada dan pelarasan kadar tarif sedia ada, dan memerlukan penglibatan dan persetujuan daripada kerajaan negeri kerana operator air merupakan syarikat yang dimiliki penuh oleh kerajaan negeri. — AlHijrah Online/ Faez Baderolhesam
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked