Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BENTENG PLSB SUNGAI GOLOK PECAH

DALAM NEGARA

BENTENG PLSB SUNGAI GOLOK PECAH

Benteng Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di Rantau Panjang, dipercayai pecah sejak semalam.

PASIR MAS: Benteng Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di Rantau Panjang, di sini, dipercayai pecah sejak semalam.

Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan Marinamarican Abdullah ketika dihubungi berkata pihaknya telah mendapat maklumat mengenai kejadian itu, namun belum dapat pergi ke lokasi untuk mengesahkannya memandangkan paras air di sekitar kawasan berkenaan yang tinggi.

Sementara itu seorang penduduk Kampung Tersang Mohd Hirwan Rajiuo, 42, yang sempat ke lokasi pagi ini ketika ditemui berkata beliau melihat sendiri benteng pecah itu, yang mengakibatkan air dari Sungai Lanchang mengalir keluar laju ke arah Sungai Golok.

Sementara itu, semalam Sungai Golok merekodkan bacaan 11.03 meter melebihi paras bahaya 9meter, dan ia merupakan rekod tertinggi berbanding 10.84meter pada 2014.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading