S. Saravanan (baju putih) ketika dibawa ke Mahkamah Tinggi Ayer Keroh.
AYER KEROH: Gara-gara memukul rakan sehingga menyebabkan kematian kerana mempertahankan maruah isteri dan anak-anak, seorang pemandu lori dihukum penjara selama enam tahun.
Hukuman terhadap tertuduh, S. Saravanan,44, itu diputuskan Pesuruhjaya Kehakiman Maidzuara Mohammed di Mahkamah Tinggi Ayer Keroh, hari ini selepas mengaku bersalah.
Tertuduh sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan namun telah diturunkan kepada Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan bagi pertuduhan pilihan.
Mengikut pertuduhan pilihan itu, tertuduh didapati telah menyebabkan kematian Ps. Satiaseelan, 41, dengan mengetahui perbuatannya mungkin menyebabkan kematian mangsa.
Kesalahan itu dilakukan tertuduh pada pukul 10.30 malam di Tasek Taman Murai Jaya, Durian Tunggal, Alor Gajah pada 6 Ogos 2019.
Sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 304(B) Kanun Keseksaan.
Maidzuara pada penghakimannya berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira faktor hujahan yang membuktikan pergaduhan tercetus bukan dimulakan tertuduh, sebaliknya oleh mangsa yang mana hubungan persahabatan mereka juga sudah terjalin sejak lebih 10 tahun lalu.
Tindakan tertuduh yang membuat pengakuan bersalah serta-merta dan tampil melaporkan kepada pihak polis pada hari sama kejadian juga jelas membuktikan bapa empat anak itu bukanlah penjenayah.
Ini kerana berdasarkan fakta kes, ketika kejadian tertuduh dan mangsa yang berada dalam keadaan mabuk bergaduh selepas mangsa dikatakan cuba mengeluarkan kenyataan menyentuh maruah isteri dan anak-anak tertuduh.
Tertuduh dikatakan memukul mangsa menggunakan topi keledar dan bukan senjata tajam sehingga menyebabkannya terpaksa menerima rawatan di Hospital Melaka.
Mangsa kemudian mengambil keputusan melarikan diri dari hospital dan tertuduh bertindak membawa rakannya itu ke klinik kesihatan untuk menerima rawatan serta menyediakan makanan untuknya.
Mangsa bagaimanapun meninggal dunia akibat jangkitan kuman susulan kecederaan dialami akibat pergaduhan itu.
Mengambil kira semua fakta dan hujahan dikemukan pihak pendakwaan dan pembelaan, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama enam tahun daripada tarikh ditangkap iaitu 18 Ogos 2019 dan memerintahkan semua eksibit dilupuskan.
Kes pendakwaan itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muzila Mohamad Rasad, manakala tertuduh diwakili peguam S. Paul Krishnaraja.—AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.