Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BOM TANGAN DITEMUKAN DI TAPAK PENGURUSAN SISA PEPEJAL

DALAM NEGARA

BOM TANGAN DITEMUKAN DI TAPAK PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Pekerja di tapak pengurusan sisa pepejal di Ampang Jajar di sini gempar selepas seorang daripada mereka menjumpai bom tangan di situ semalam.

BUKIT MERTAJAM: Pekerja di tapak pengurusan sisa pepejal di Ampang Jajar di sini gempar selepas seorang daripada mereka menjumpai bom tangan di situ semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Tan Cheng San berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan bahan letupan terbabit pada 1.30 tengah hari sebelum sepasukan polis terus ke lokasi untuk membuat pemeriksaan.

“Pemeriksaan awal polis mendapati tapak pengurusan sisa pepejal itu terletak di kawasan berbukit dan berpagar, manakala objek yang disyaki bom tangan itu dijumpai dalam keadaan berkarat serta lengkap sifatnya.

“Pihak Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang yang hadir membuat pemeriksaan keselamatan di lokasi seterusnya menjalankan proses pemusnahan di kawasan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Tan, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung penemuan bom tangan terbabit.

— AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading