DALAM NEGARA
BOMBA SELANGOR BERJAYA GAGALKAN 32 CUBAAN BUNUH DIRI
Kebanyakan mereka yang terlibat didapati menghadapi masalah berkaitan percintaan, mental dan kewangan.
Kebanyakan mereka yang terlibat didapati menghadapi masalah berkaitan percintaan, mental dan kewangan.

SHAH ALAM: Jabatan Penyelamat dan Bomba Malaysia (JPBM) Selangor menerima sebanyak 38 panggilan berhubung kes cubaan bunuh diri sejak awal tahun ini hingga semalam, dan daripada jumlah itu pihak bomba berjaya menggagalkan 32 cubaan.
Pengarah JPBM Selangor Norazam Khamis berkata enam lagi kes menyaksikan individu yang terlibat tidak dapat diselamatkan, dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Beliau berkata pihaknya memandang serius dengan kekerapan panggilan berkenaan cubaan bunuh diri yang boleh dikatakan agak tinggi, menjangkau hampir setiap minggu, dan kebanyakan mereka yang terlibat didapati menghadapi masalah berkaitan percintaan, mental dan kewangan.
“Ini kita tahu ketika proses memujuk dan menenangkan mereka… majoriti daripada mereka adalah warga tempatan yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun,” katanya pada pemberita di Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor di sini hari ini.
Sementara itu mengulas pengumuman Jabatan Meteorologi mengenai Monsun Barat Daya yang dijangka melanda negara dari 5 Mei hingga September ini mengakibatkan taburan hujan dijangka rendah, Norazam berkata pihaknya sedang giat melakukan pemantauan di kawasan-kawasan titik panas pembakaran terbuka sekitar Selangor dalam menghadapi sebarang kemungkinan.
“Antara lokasi lebih kerap dilakukan pemantauan ialah kawasan di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan, Kuala Langat; kawasan hutan di Bestari Jaya, Kuala Selangor dan kawasan pertanian Johan Setia di Klang,” katanya. —AlHijrah Online
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Rawatan tersebut bukan sesuai untuk semua individu dan penggunaannya tanpa penilaian serta pemantauan doktor boleh mendedahkan...
Menurut YADIM, program itu bertujuan memperkasa institusi pendidikan Islam agar terus menjadi agenda utama kerajaan dalam...
Zulkifli berkata pindaan mandatori ini menjadi amaran keras bahawa undang-undang tidak lagi akan bertoleransi dengan pembunuh...
Kejadian berlaku di Sedim Rainforest Resort, Karangan, dengan tiga mangsa yang maut ditemukan terapung di aliran...
“Ini membuktikan bahawa masih terdapat segelintir pemandu yang memandu dalam keadaan dipengaruhi dadah dan keadaan ini tidak...
We use cookies to improve your experience on our site. By using our site, you consent to cookies.
Manage your cookie preferences below:
Essential cookies enable basic functions and are necessary for the proper function of the website.
These cookies are needed for adding comments on this website.
Statistics cookies collect information anonymously. This information helps us understand how visitors use our website.
Google Analytics is a powerful tool that tracks and analyzes website traffic for informed marketing decisions.
Service URL: policies.google.com (opens in a new window)
Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.