BUBAR PARLIMEN: ISTANA NEGARA NAFI PM MENGHADAP AGONG HARI INI

Sumber Gambar: AFP

KUALA LUMPUR: Istana Negara menafikan laporan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, bagi memohon pembubaran Parlimen.

Perkara tersebut disahkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin.

Menurut laporan sebuah portal, Ahmad Fadil memaklumkan Seri Paduka Baginda kini masih berada di Singapura.

“(Ia) berita palsu. Tuanku masih di Singapura,” katanya pada Isnin seperti dilapor portal tempatan.

Terdahulu, seorang aktivis memuat naik satu hantaran mendakwa Ismail Sabri akan menghadap Al-Sultan Abdullah pada hari ini untuk meminta parlimen dibubarkan.

Sementara itu, dilaporkan jadual Perdana Menteri hari ini dipenuhi mesyuarat dan tiada janji temu ditetapkan untuk urusan menghadap di Istana Negara selama beberapa hari ini.–AlHijrah Online

Leave a Reply