Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KERAJAAN KEDAH KESAL KONSERT BERDEKATAN MASJID

DALAM NEGARA

KERAJAAN KEDAH KESAL KONSERT BERDEKATAN MASJID

Kerajaan negeri Kedah kesal atas penganjuran konsert di dataran berhadapan Masjid Zahir di sini, pada Sabtu lalu.

ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah kesal atas penganjuran konsert di dataran berhadapan Masjid Zahir di sini, pada Sabtu lalu.

Exco Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia Kedah Datuk Najmi Ahmad berkata, acara hiburan terutama berdekatan dengan tempat beribadah dianggap kurang sopan.

“Program ini pada sebelah pagi kita lihat disusun dengan baik oleh penganjur, ada pelbagai jualan dan gerai dibuka, bagaimanapun pada sebelah malam dianjurkan konsert pula,” katanya.

Ujar Najmi, pengisian program itu dilihat tidak wajar terutama lokasinya tidak jauh dari masjid dan Pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah.

Sementara itu, Datuk Bandar Alor Setar Datuk Zaid Ahmad berkata Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada pihak penganjur untuk mengadakan konsert di dataran berhampiran Masjid Zahir.

“Lesen hiburan di bawah bidang kuasa Pejabat Daerah Kota Setar. Pihak saya akan menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara ini, termasuk memanggil penganjur untuk mendapatkan penjelasan,” katanya.

Terdahulu tular beberapa video memaparkan penganjuran sebuah konsert yang dihadiri orang ramai khususnya orang muda yang dilihat bercampur lelaki dan wanita.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading