KUALA LUMPUR – Kes budak berusia 12 tahun merogol kanak-kanak berusia empat tahun di Taman Sri Wangsa, Batu Gajah bukan berlaku tiba-tiba, tetapi ia adalah kesan daripada pengabaian dari sebuah didikan yang panjang.
Perlakuan itu adalah kemuncak kerosakan sahsiah tanpa sedar seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa keadaan.
Suspek yang merupakan murid Tahun Enam dan telah ditahan polis itu disyaki
sudah melakukan perbuatan itu terhadap mangsa sebanyak tiga kali sejak awal
Ramadan lalu.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri
menyatakan suspek disyaki melakukan perbuatan itu akibat terangsang melihat
video dalam telefon bimbit.
Keselamatan kanak-kanak semakin terabai oleh kelalaian ibu bapa sendiri. GAMBAR HIASAN
Berdasarkan statistik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(SKMM) laman web lucah berada di kedudukan nombor satu paling tinggi yang
disekat bermula awal tahun hingga Oktober 2017, iaitu sebanyak 2,684 laman
pornografi.
Kita mungkin melabelkan negara yang menghalang penggunaan media sosial sebagai
kolot, namun kadangkala langkah mencegah adalah lebih baik daripada mengubat,
di mana manusia sering alpa dan sering cenderung untuk mencuba sesuatu yang dilarang
agama atau peraturan.
Jika orang dewasa pun banyak terlibat dengan penyalahgunaan internet,
apatah lagi dengan anak-anak yang masih belum arif menilai baik dan buruk
penggunaannya.
Ini kerana mengikut statistik, sehingga tahun 2017 sebanyak lima kes
rogol kanak-kanak berlaku setiap hari di negara ini dengan 13,272 kes
dilaporkan sejak tahun 2010 lagi. Kes jenayah seksual yang melibatkan
kanak-kanak di bawah umur 12 tahun adalah sebanyak 7 peratus daripada
keseluruhan jenayah seksual itu.
Majoriti mangsa seksual pula sebanyak 86 peratus mengenali suspek
penjenayah berbanding mangsa yang tidak mengenali suspek, iaitu 14 peratus.
Kajian Malaysians Against Pornografi (MAP) pada 2018 mendedahkan data kira-kira 80 peratus kanak-kanak berusia antara 10 hingga 17 tahun telah menonton pornografi secara sengaja. GAMBAR HIASAN
Dalam kes suspek ini, permulaan masalahnya ialah sifat ingin mencuba,
diikuti oleh keinginan melakukannya lebih dari sekali. Kemudiannya ia
mewujudkan suatu kebiasaan atau normalisasi, yang akhirnya membawa ketagihan. Mungkin
dalam usia seawal 12 tahun ini, dia sendiri tidak faham perlakuannya itu,
tetapi hanya ingin meniru dan mencuba apa yang dilihatnya.
Bagi suspek yang masih belum ‘panjang langkahnya’, dia menterjemahkan
apa yang ditontonnya kepada mangsa yang paling dekat dengan hubungan dan jarak
dengannya. Mangsa adalah anak asuhan ibu suspek. Manakala bagi remaja yang
berusia lebih 13 tahun, mereka melakukannya dengan kenalan yang ditemui melalui
aplikasi seperti WeChat, Facebook, Beetalk dan banyak lagi.
Menurut Mohd Fadhli Othman, penceramah modul “Goodbye Pornography” dan PLF Sexual Education For Parents menyatakan, permulaan ketagihan inilah yang akan mendorong seseorang itu untuk memuaskan nafsu sendiri melalui pelbagai cara termasuk onani dan sebagainya.
Mohd Fadhli Othman
Bermula dengan ketagihan yang tidak melibatkan orang lain, ia akan
membesar kepada jenayah yang lebih besar, seperti merogol atau melakukan
perkara yang bertentangan moral dan agama apabila tahap ketagihan pertama tidak
dibendung.
Dibimbangi jika kurang pengawasan, lama kelamaan anak-anak ini membesar
melalui proses normalisasi, di mana mereka fikir tindakan yang menghasilkan
keseronokan itu adalah sesuatu yang tidak salah dan tidak memberi kemudaratan
kepada masa depan.
Dalam banyak perkara, kesalahan yang telah dinormalisasi ini
menjuruskan kepada perubahan nilai dalam sesuatu masyarakat, di mana dalam kes
ini, perbuatan tidak bermoral akan dinilai sebagai perkara biasa apabila ia
telah diterima masyarakat.
Dalam banyak perkara, kesalahan yang telah dinormalisasi ini menjuruskan kepada perubahan nilai dalam sesuatu masyarakat, di mana dalam kes ini, perbuatan tidak bermoral akan dinilai sebagai perkara biasa apabila ia telah diterima masyarakat.
Jelas Fadhli lagi, menurut satu kajian, 90 peratus apa yang dilihat oleh anak di bawah umur tujuh tahun melalui gadget akan tersimpan di dalam otak depannya atau lebih dikenali dengan pre frontal cortex (PFC).
Fungsi PFC ialah memikirkan sesuatu yang relevan, rasional atau yang
melibatkan kemahiran berfikiran aras tinggi. Maka, sekiranya berlaku perubahan
sikap yang mendadak seperti sikap anak yang beradab kepada degil melampau, ibu
bapa digesa supaya bertindak segera menyemak apa yang mereka layari di
internet.
Beliau juga menyimpulkan ketagihan pornografi sebagai suatu penyakit otak yang disebut sexual disorder-paraphilia, dan mereka yang terlibat memerlukan rawatan daripada pakar psikiatri dan psikologi dari unit hospital yang pakar dalam bidang ini.
Berbalik kepada kes rogol juvana tersebut, yang patut dipertanggung jawabkan
dalam hal ini ialah ibu bapa kerana merekalah orang yang paling dekat dengan
anak-anak. Kebebasan menggunakan internet tanpa batasan dan pengawasan seumpama
bom jangka yang menunggu masa akan meletupkan sahsiah anak mereka. Hadith sudah
mengingatkan, anak-anak umpama kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya.
Selain itu, sewajarnyalah tindakan menyekat akses ke laman porno dan
mengadakan promosi untuk menyekat akses yang dilakukan oleh kerajaan selama ini
dipertingkatkan lagi penguatkuasaannya, tanpa takut dan memilih bulu.
Pendidikan sahaja tidak cukup untuk menangani masalah yang semakin
membarah ini, justeru itulah tindakan undang-undang secara menyeluruh wajib
dikenakan kepada mereka yang merosakkan masyarakat secara tidak langsung dalam
keghairahan mengaut keuntungan.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked