CABUTAN KHAS PERJUDIAN 8 KALI SETAHUN MULAI 1 JAN – PM ANWAR

Foto Arkib

KUALA LUMPUR: Cabutan khas nombor ramalan dikurangkan kepada lapan kali setahun berbanding 22 kali, bermula 1 Jan depan.

Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, keputusan drastik itu diambil walaupun baru sehari mengetuai Kementerian Kewangan.

“Satu hari saya jadi menteri kewangan, saya boleh buat keputusan untuk membatalkan keputusan awal tahun ini mengenai cabutan khas perjudian yang dilakukan ketika Jemaah Menteri yang disertai PAS dan Bersatu untuk meningkatkan cabutan daripada lapan ke 22 kali.

“Pada hari ini saya arahkan ia dikekalkan pada tahap lama, iaitu lapan kali,” katanya.-Alhijrah Online

BERITA PENUH MENYUSUL

Leave a Reply