SHAH ALAM: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini dimaklumkan bahawa kadar kes harian demam denggi di negeri itu menunjukkan peningkatan yang membimbangkan sejak berakhirnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sektor sosial kini dibuka seperti sedia kala.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Dr Siti Mariah Mahmud berkata trend tersebut dilihat bermula sejak minggu epidemiologi (ME) 46 pada tahun ini dengan sejumlah 31,822 kes demam denggi dilaporkan sehingga ME 46 yang berakhir pada 19 Nov.
“Ia adalah peningkatan sebanyak 131.5 peratus atau 18,077 kes berbanding minggu yang sama pada tahun lepas (2021), dengan sebanyak 13,745 kes,” katanya menjawab soalan bertulis Harumaini Omar (BN-Batang Kali) berkenaan wabak demam denggi di negeri tersebut.
Dalam pada itu katanya kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM5 juta setiap tahun untuk membasmi nyamuk Aedes bagi mengekang penularan wabak demam denggi termasuk program yang dilaksanakan bersama agensi dan jabatan berkaitan bagi mengawal dan mencegah penularan wabak denggi.
“Kerajaan negeri juga sedang melaksanakan inisiatif penggunaan racun ‘Bacilus Thuringiensis Israelensis’ (BTI) di kawasan ‘hotspot’ dan penggunaan dron bagi tujuan pengawalan dan pencegahan denggi di kawasan yang sukar dicapai seperti bumbung rumah,” katanya.
“Sehingga 31 Okt , kerajaan negeri menyediakan sebanyak 2,000 kilogram racun BTI kepada 10 pihak berkuasa tempatan di Selangor dalam usaha menggalakkan penggunaan racun di kawasan hotspot dan kawasan awam,” katanya.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata kerajaan Selangor mengagihkan sebanyak 14,649,397 dos vaksin COVID-19 setakat Oktober lalu kepada 4,330,200 orang dewasa (96.2 peratus); 519,617 orang remaja (91.6 peratus) dan 320,909 kanak-kanak (43.9 peratus) yang telah menerima dos lengkap vaksin berkenaan.
“Selain itu, seramai 4,069,818 orang atau 89.4 peratus menerima satu dos penggalak vaksin COVID-19,” katanya yang menjawab soalan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PAS-Sijangkang) berhubung status pencapaian COVID-19 di Selangor.
“Jika peratusan vaksin COVID-19 diukur seperti dalam kriteria Jabatan Kesihatan Selangor (JKNS) iaitu lengkap dua dos vaksin, Selangor telah mencapai 100 peratus (agihan vaksin COVID-19),” katanya.-Alhijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests