Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

CECAIR KIMIA TUMPAH, PEMBANTU MAKMAL SEKOLAH DIKEJARKAN KE KLINIK

DALAM NEGARA

CECAIR KIMIA TUMPAH, PEMBANTU MAKMAL SEKOLAH DIKEJARKAN KE KLINIK

Seorang pembantu makmal sains Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Udang di sini dikejarkan ke sebuah klinik selepas cecair dipercayai jenis asid nitrik terpercik mengenai kakinya dalam kejadian pagi ini.

MELAKA: Seorang pembantu makmal sains Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Udang di sini dikejarkan ke sebuah klinik selepas cecair dipercayai jenis asid nitrik terpercik mengenai kakinya dalam kejadian pagi ini.

Pegawai Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Zulkhairani Ramli berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.33 pagi, sebelum tiga jentera bomba dengan 17 anggota termasuk Pasukan Khas Bahan Kimia (Hazmat) diarahkan ke lokasi kejadian.

“Wanita berusia 37 tahun itu ketika kejadian sedang dalam proses memindahkan bahan kimia tersebut ke dalam bekas yang lain sebelum botol berisi cecair kimia dianggarkan 2.5 liter itu jatuh lalu terpercik ke kakinya.

“Mangsa dinyahcemar oleh pasukan Hazmat sebelum dikejarkan ke Klinik Kesihatan Sungai Undang walaupun tidak mengalami kecederaan bagi pemeriksaan lanjut dengan menggunakan kenderaan EMRS Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya tiada pelajar ketika insiden berlaku dan kemalangan terjadi disebabkan bekas bahan kimia tersebut reput lalu pecah ketika proses pencairan dilakukan, menyebabkan cecair tersebut tumpah. 

“Kerja-kerja pembersihan tamat sekitar 2.11 petang tadi,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading