Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PRU15 TIDAK SESUAI DIADAKAN KETIKA MUSIM BANJIR – KJ

DALAM NEGARA

PRU15 TIDAK SESUAI DIADAKAN KETIKA MUSIM BANJIR – KJ

Isu berkenaan PRU15 telah dibangkitkan ketika mesyuarat kabinet pagi tadi namun ia terpulang kepada keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menentukan tarikh PRU yang sesuai.

PUTRAJAYA: Cadangan untuk melaksanakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 pada musim banjir adalah tidak sesuai.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjelaskan, ia berdasarkan beberapa faktor terutamanya keselamatan, keperluan tenaga kerja dan kesihatan rakyat. 

“Sebab pertama adalah tenaga kerja kerana banyak tenaga kerja yang diperlukan untuk pilihan raya malah pada bulan monsun pun ramai yang perlu dikerahkan untuk menjaga pusat pemindahan sementara (PPS), jaga keselamatan rakyat dan jaga pemindahan.

“Kedua, dari segi kemudahan… PPS banyak diadakan di sekolah dan ia (sekolah) juga jadi pusat buang undi (bagi pilihan raya),” katanya, hari ini.

Ujar Khairy Jamaluddin, dari sudut kesihatan, pelbagai penyakit berjangkit bawaan air akan meningkat sekiranya tiba musim banjir.

Sementara itu, isu berkenaan PRU15 telah dibangkitkan ketika mesyuarat kabinet pagi tadi namun ia terpulang kepada keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menentukan tarikh PRU yang sesuai.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading