Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIADA LAYANAN PERUBATAN ISTIMEWA UNTUK NAJIB RAZAK

DALAM NEGARA

TIADA LAYANAN PERUBATAN ISTIMEWA UNTUK NAJIB RAZAK

Khairy Jamaluddin tidak campur tangan dan menggunakan kuasanya sebagai Menteri Kesihatan dalam menentukan rawatan kepada bekas perdana menteri itu.

PUTRAJAYA: Tiada layanan atau rawatan istimewa diberikan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Itu tegas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung perkembangan kesihatan Najib Razak selepas dimasukkan ke Hospital Rehabilitasi Cheras untuk rawatan lanjut dan fisioterapi pada 19 September lalu.

“Saya telah difahamkan bahawa pakar perunding akan mengadakan sidang keluarga bersama beliau dan ahli keluarga dalam masa terdekat bagi memaklumkan situasi terkini keadaan kesihatan serta pelan rawatan untuk Najib Razak.

“Beliau diberikan latihan untuk melakukan sendiri rawatan rehab tersebut. Selepas sidang keluarga dibuat, Najib Razak akan dihantar balik semula ke Penjara Kajang sebaik saja pakar perunding perubatan memberi pelepasan perubatan ke atas beliau,” katanya, hari ini.

Tambahnya, beliau tidak campur tangan dan menggunakan kuasanya sebagai Menteri Kesihatan dalam menentukan rawatan kepada bekas perdana menteri itu.

Jelasnya lagi, akses kemudahan perubatan yang diberikan sebelum ini selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan (KKM) yang mana layanan sama akan turut diberikan kepada banduan lain yang memerlukan.

Sebelum ini, Najib Razak dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur atas faktor kesihatan tertentu.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading