BELLA BUAT ISYARAT TANGAN DIIKAT, GOSOK MATA SAMBIL SEBUT CILI – PAKAR PSIKIATRI
Seorang pakar psikiatri memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini bahawa Bella membuat isyarat kedua-dua tangannya diikat dan menggosokkan mata sambil menyebut ‘cili’ semasa remaja perempuan sindrom Down itu ditemu bual tahun lepas.
KUALA LUMPUR: Seorang pakar psikiatri memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini bahawa Bella membuat isyarat kedua-dua tangannya diikat dan menggosokkan mata sambil menyebut ‘cili’ semasa remaja perempuan sindrom Down itu ditemu bual tahun lepas.
Dr Wan Asyikin Wan Azlan, 37, yang sebelum ini berkhidmat di Hospital Tunku Azizah, berkata Bella membuat isyarat itu secara sukarela ketika beliau bersama dua lagi individu menemu bual remaja tersebut di sebuah bilik di hospital berkenaan pada 30 Sept 2021.
“Ketika itu saya bertanya kepada Bella sama ada dia membuat air panas atau sejuk dan remaja itu terus membuat isyarat tangannya diikat dan menyebut ‘panas.’
“Bella juga menunjukkan matanya dan menyebut ‘cili’ tanpa ditanya,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad pada perbicaraan kes Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.
Ditanya Azizah bagaimana Bella boleh menyebut ‘panas,’ Dr Wan Asyikin yang kini bertugas sebagai pakar psikiatri di Hospital Selayang menjawab ‘seingat saya, Bella boleh sebut panas.
“Semasa saya bertanya kepada Bella siapa yang membuatnya dan Bella menyebut ‘Benun’ (Siti Bainun). Saya ada bertanya soalan kepada Bella sama ada dia mahu berjumpa dengan Bainun (Siti Bainun) dan balik ke Rumah Bonda namun Bella menggelengkan kepalanya,” kata saksi pendakwaan ke-17 itu.
Beliau berkata meskipun Bella boleh menjawab soalan namun dia mempunyai ketidakupayaan intelektual dan remaja perempuan itu masih boleh menguruskan diri sendiri serta berkawan dengan kanak-kanak lain.
“Kebanyakan soalan yang kami tanya Bella tidak boleh jawab dan soalan-soalan spesifik tidak ditanya pada Bella, hanya soalan-soalan mudah sahaja,” katanya.
Saksi itu berkata Bella turut memaklumkan bahawa dia pandai membuat kerja rumah termasuk melipat dan menjemur baju semasa berada di rumah penjagaan tersebut.
Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Nur A’minahtul Mardiah Md Nor yang mewakili Siti Bainun, Dr Wan Asyikin bersetuju dengan cadangan bahawa beliau tidak pernah berjumpa dan berbual dengan tertuduh.
Saksi itu juga bersetuju bahawa beliau tidak pernah melihat Bella mengemop, mengemas, menyapu dan menyediakan air minuman selain mengakui ada perkataan yang disebut Bella sukar difahami kerana remaja tersebut pelat serta memberikan jawapan sepatah-sepatah ketika disoal.
Kepada cadangan Nur A’minahtul Mardiah bahawa tiada keterangan daripada Bella yang menyebut perkataan ‘disimbah air panas’ atau ‘simbah panas,’ Dr Wan Asyikin menjawab ‘setuju.’
Terdahulu, Dr Rashid Khan Khan Mohamad, 58, dari Klinik Setapak dan Surgeri berkata Siti Bainun ada berjumpa dengan beliau pada 2 Jun 2021 untuk mendapatkan ubat bagi rawatan kecederaan air panas.
“Dia datang ke klinik mengadu ‘anaknya’ tersimbah air panas pada 9 Mei 2021 dan dia nak ubat termasuk untuk diri sendiri. Untuk Siti Bainun, saya telah memberikan dua jenis tablet iaitu voltaren dan motilium manakala untuk anaknya, saya berikan combidem cream dan tablet pirton,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik.
Ditanya mengenai fungsi ubat terbabit, saksi pendakwaan ke-16 itu menjawab combidem cream adalah untuk mengurangkan keradangan, kurangkan kegatalan dan jangkitan kuman manakala tablet motilium untuk tujuan merawat penyakit angin.
Siti Bainun, 30, berdepan dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi antara Februari dan Jun 2021 di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini.
Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam bersambung esok dan Bella dijangka memberi keterangan dalam prosiding yang dijalankan secara tertutup.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked