Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

CEROBOH TADIKA, POLIS TAHAN LELAKI WARGA BANGLADESH

DALAM NEGARA

CEROBOH TADIKA, POLIS TAHAN LELAKI WARGA BANGLADESH

SHAH ALAM: Polis Kuala Langat menahan seorang lelaki warga Bangladesh pada 10.30 malam tadi kerana dipercayai menceroboh sebuah tadika di Telok Panglima Garang, Banting.

Ketua Polis Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata lelaki berusia 23 tahun itu ditahan di sekitar kawasan Taman Pahlawan, Banting, susulan laporan polis oleh guru tadika berkenaan Jumaat lepas (1 April).

Ahmad Ridhwan berkata semasa tangkapan dibuat, suspek gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan hasil soal siasat awal disyaki lelaki itu mempunyai masalah kesihatan mental.

“Suspek direman selama empat hari dan kini ditahan di lokap Balai Polis Banting IPD Kuala Langat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM3000, jika disabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebuah video berdurasi satu minit yang tular di Facebook baru-baru ini memaparkan seorang lelaki dipercayai warga asing menceroboh masuk sebuah tadika di Telok Panglima Garang. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading