Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

COVID-19: 138 ANGGOTA KESIHATAN DIKESAN POSITIF, TIADA KES DARIPADA PENGENDALIAN PESAKIT

DALAM NEGARA

COVID-19: 138 ANGGOTA KESIHATAN DIKESAN POSITIF, TIADA KES DARIPADA PENGENDALIAN PESAKIT

PUTRAJAYA: Seramai 138 anggota kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah dikesan positif COVID-19 sehingga 12 tengah hari semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. 

Bagaimanapun, beliau menegaskan, tiada daripada kes tersebut yang berpunca daripada pengendalian kes yang disahkan positif dari wad COVID-19 dan unit rawatan rapi (ICU) di fasiliti KKM.

“Sebanyak 58 kes (42 peratus) berkaitan dengan majlis perkahwinan yang dihadiri oleh individu yang juga menghadiri perhimpunan di Seri Petaling,” katanya pada sidang media harian COVID-19 di sini hari ini.

Beliau berkata 14 kes (10.1 peratus) pula berkaitan dengan pesakit Severe Acute Respiratory Infection (SARI) dan kes bergejala ringan setelah mereka (pesakit) tidak tahu atau tidak memaklumkan status mereka.

“Dua (2) kes daripada kumpulan ini tidak memaklumkan yang mereka telah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata sembilan kes pula berkait kontak dengan ahli keluarga yang positif COVID-19, enam kes berkaitan sejarah melawat luar negara, empat kes dari rakan yang positif COVID-19 , tiga kes dari pendedahan semasa aktiviti saringan di lapangan

“Dua kes telah hadir perhimpunan di Seri Petaling dan baki kes iaitu 42 kes masih dalam siasatan punca jangkitan,” katanya. 

Beliau berkata semua anggota kesihatan dan barisan hadapan termasuk pengamal perubatan swasta dan NGO, yang merawat pesakit perlu menggunakan penutup hidung dan mulut.

Katanya anggota kesihatan juga perlu mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti yang telah disarankan terutamanya dalam memastikan tangan sentiasa bersih, mengamalkan penjarakan sosial dan pemakaian alat pelindung diri (PPE) mengikut keperluan, terutama ketika melaksanakan prosedur klinikal.

“KKM juga menyeru supaya orang ramai yang datang untuk mendapatkan rawatan memberi maklumat secara jujur mengenai sejarah kontak rapat kes positif COVID-19, kehadiran ke mana-mana perhimpunan dan sejarah perjalanan ke luar negara,” katanya. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading