Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

COVID-19: 55 KES PULIH, 94 KES BAHARU, TIADA KEMATIAN HARI INI

DALAM NEGARA

COVID-19: 55 KES PULIH, 94 KES BAHARU, TIADA KEMATIAN HARI INI

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengumumkan 94 kes baharu positif COVID-19 sehingga 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 5,945.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah 94 kes baharu berkenaan 72 kes adalah kes import melibatkan warganegara dan pelajar Malaysia yang pulang dari Indonesia.

 “Manakala 55 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad ialah 4,087 kes.

“Dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal 100 kes,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan terkini COVID-19 di sini, hari ini. — BERNAMA 


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading