Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PKP: SOP SOLAT JEMAAH DI MASJID, SURAU DIBINCANG ESOK

DALAM NEGARA

PKP: SOP SOLAT JEMAAH DI MASJID, SURAU DIBINCANG ESOK

PUTRAJAYA: Cadangan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi membolehkan solat secara berjemaah di masjid dan surau diadakan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dibentangkan ke Majlis Keselamatan Negara (MKN) esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut terlibat dalam perbincangan SOP itu.

“Esok menteri agama (Zulkifli) akan terlibat dalam menyediakan SOP. Banyak orang tanya tak boleh ke solat terawih ikut SOP seperti penjarakkan satu meter?

“Jadi kita minta menteri agama beri cadangan SOP dan esok kita akan bincangkan,” katanya pada sidang media harian PKP yang disiarkan stesen TV tempatan hari ini.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan beberapa kelonggaran akan diberikan dalam fasa ke-4 PKP yang bermula hari ini hingga 12 Mei depan.

Ismail Sabri berkata kelonggaran itu akan dibuat secara berperingkat.

Sejak pelaksanaan PKP pada 18 Mac lalu hingga hari ini, masjid dan surau di seluruh negara tidak dibenarkan mengadakan solat secara berjemaah kecuali beberapa petugasnya bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Penurunan positif angka kes jangkitan kepada dua digit dengan peningkatan kes sembuh dan didiscaj susulan PKP menyebabkan orang ramai meminta kerajaan menimbangkan kelonggaran untuk aktiviti ibadah mengikut SOP ditetapkan. — AlHijrah Online/ Zaim Zamani


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading