MASJIDIL HARAM, MASJID NABAWI AKAN DIBUKA TIDAK LAMA LAGI

KUALA LUMPUR: Dua masjid suci umat Islam, Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah akan dibuka tidak lama lagi selepas situasi COVID-19 ditangani.

Perkara itu diumumkan Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman As-Sudais melalui instagram Haramain.info hari ini.

“Saya bawa khabar gembira kepada umat Islam yang keadaan akan kembali normal di dua masjid suci tidak lama lagi.

“Dua masjid suci akan dibuka untuk Tawaaf dan solat serta ziarah kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw.

“Atas dasar ini, kita tidak akan tergesa-gesa membuka dua masjid suci kerana semua langkah diambil adalah untuk kebaikan kita,” kata Sheikh Sudais.

Imam Besar Masjidil Haram itu turut meminta umat Islam mendoakan agar situasi pandemik global ini cepat berakhir.

“Sekali lagi, kami menyeru umat Islam berdoa agar pandemik ini selesai, berdoa kepada kebaikan pemimpin (penjaga dua masjid suci) dan menerima apa dilakukan ini adalah yang terbaik. Semoga Allah melindungi mereka,” katanya.

Arab Saudi sebelum ini menggantung sementara solat Tarawih di dua masjid suci di Makkah dan Madinah bagi mengekang penularan COVID-19.

Ia juga menggantung ibadah umrah akibat wabak itu. — AlHijrah Online/ Syed Azwan Syed Ali

Leave a Reply