Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KES HARIAN COVID-19 DIJANGKA TURUN SATU DIGIT PERTENGAHAN MEI

DALAM NEGARA

KES HARIAN COVID-19 DIJANGKA TURUN SATU DIGIT PERTENGAHAN MEI

KUALA LUMPUR: Jumlah kes positif harian COVID-19 dijangka turun kepada satu digit pada pertengahan Mei ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini berdasarkan kes positif harian yang kini merekodkan jumlah dua digit sepanjang seminggu lepas.

Bagaimanapun, beliau berkata capaian kepada unjuran ini bergantung kepatuhan rakyat kepada norma-norma baharu yang diamalkan orang ramai sejak Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) dikuatkuasakan.

“Kalau tak ada keperluan di luar, duduk di rumah…itulah mesej kita. Sekarang ini duduk di rumah paling selamat, tak dapat jangkitan dari seorang ke seorang.

“Sekarang ini, kes kebolehjangkitan semakin berkurang.. Kita harapkan kes ini dari 1,700 kini akan berkurang kepada 1,000 (kes) dan kemudiannya 500 (kes),” katanya pada sidang media harian COVID-19 yang disiarkan stesen TV tempatan hari ini.

Sebanyak 31 kes baharu direkodkan hari ini iaitu terendah sejak PKP dikuatkuasakan kerajaan pada 18 Mac lalu. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading