Connect with us

ALHIJRAH NEWS

COVID-19: AGONG ZAHIR PENGHARGAAN KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN ATM

DALAM NEGARA

COVID-19: AGONG ZAHIR PENGHARGAAN KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN ATM

KUALA LUMPUR: Penghargaan dizahirkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk yang terlibat sebagai petugas barisan hadapan dalam membendung penularan virus COVID-19.

Sempena sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-87 hari ini, baginda turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga angkatan tentera termasuk veteran serta semua yang pernah berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia.

“Selaku pemerintah tertinggi ATM, Seri Paduka Baginda amat menyanjung tinggi dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas jasa, khidmat bakti dan pergorbanan yang dicurahkan oleh seluruh warga dan bekas anggota ATM dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan negara yang kita cintai bersama ini.”

Al-Sultan Abdullah turut mendoakan agar ATM terus menjadi sebuah angkatan pasukan keselamatan yang disegani dan dihormati di persada antarabangsa.

Hari Angkatan Tentera Malaysia disambut 16 September setiap tahun.-Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading