CUACA BURUK DIJANGKA MELANDA SELANGOR, KL, JOHOR

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Perlis, Kedah dan Johor.

Menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang dimuat naik menerusi Facebook, amaran cuaca buruk itu dijangka berlaku sehingga jam 8 malam ini.

Kawasan-kawasan yang terlibat dengan cuaca buruk tersebut antaranya Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap dan Pendang (Kedah); Jelebu dan Kuala Pilah (Negeri Sembilan); serta Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru (Johor).

Negeri Perlis dan Selangor terutama kawasan Petaling dan Hulu Langat juga terlibat dengan cuaca buruk itu.

Selain itu, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut dijangka di Sarawak iaitu Sri Aman, Betong (Saratok), Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu), Mukah, Bintulu, Miri (Miri) dan Limbang.

Beberapa kawasan di Sabah turut dijangka berlaku cuaca buruk di Pedalaman (Sipitang dan Beaufort) sehingga 7:00 malam ini.—AlHijrah Online

TERKINI dari MetMalaysia.

Leave a Reply