Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DAKWAAN GURU PROTES DI SENALING, POLIS, PPD MULAKAN SIASATAN

DALAM NEGARA

DAKWAAN GURU PROTES DI SENALING, POLIS, PPD MULAKAN SIASATAN

“Walaupun makluman awal mengatakan majoriti guru tidak bersetuju dengan kenyataan yang dituliskan pada kain rentang tersebut, adalah lebih baik untuk kita tunggu hasil siasatan pihak berkuasa,”

Sumber gambar: Facebook

PETALING JAYA: Satu laporan polis telah dibuat bagi menyiasat kain rentang yang digantung di pagar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senaling, Kuala Pilah yang menggesa pihak berkaitan memindahkan pengetua dan guru kanan sekolah tersebut.

ADUN Senaling, Adnan Abu Hassan berkata, pihaknya turut menghubungi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi mendapatkan kebenaran mengenai aduan tersebut.

“Pihak saya telah menghubungi pengarah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) mengenai perkara ini dan PPD telah turun ke SMK Senaling dan membuat siasatan mengenai protes tersebut.

“Walaupun makluman awal mengatakan majoriti guru tidak bersetuju dengan kenyataan yang dituliskan pada kain rentang tersebut, adalah lebih baik untuk kita tunggu hasil siasatan pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Mengulas lanjut, Adnan berkata, Pejabat ADUN Senaling akan memantau isu ini bagi memastikan ia dapat diselesaikan dengan baik.

Terdahulu, tular gambar kain rentang yang mendakwa luahan dan rasa tidak puas hati guru di sekolah itu terhadap pengetua dan guru kanan.

Antara yang ditulis adalah guru sekolah memohon Kementerian Pelajaran (KPM) dan Jabatan Pendidik Negeri (JPN) supaya memindahkan kedua-dua guru terbabit dengan kadar segera.

Ia bertujuan mengelak guru daripada tertekan dan sakit hati susulan dakwaan bahawa kedua-dua pentadbir sekolah itu menindas serta mengugut guru. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading