Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DAKWAAN HINA ISLAM: POLIS TERIMA TIGA LAPORAN TERHADAP HARITH ISKANDER

DALAM NEGARA

DAKWAAN HINA ISLAM: POLIS TERIMA TIGA LAPORAN TERHADAP HARITH ISKANDER

JOHOR BAHRU: Polis Johor menerima tiga laporan terhadap pelawak dan pelakon Harith Iskander yang didakwa menghina agama Islam menerusi hantaran dimuat naik di akaun Facebooknya.

JOHOR BAHRU: Polis Johor menerima tiga laporan terhadap pelawak dan pelakon Harith Iskander yang didakwa menghina agama Islam menerusi hantaran dimuat naik di akaun Facebooknya.

Ketua Polis Johor Datuk M. Kumar berkata laporan itu diterima masing-masing di Iskandar Puteri, Johor Bahru Utara dan Kluang. 

Beliau berkata laporan itu juga melibatkan pemilik akaun Facebook di bawah nama Cecelia Yap Song KL yang didakwa memuat naik komen menghina agama Islam pada hantaran selebriti berkenaan. 

“Hantaran Facebook itu dipercayai dimuat naik tiga hari lepas oleh Harith Iskander yang mengandungi gambar secawan kopi dengan kapsyen yang didakwa menghina agama,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini. 

Kumar berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan iaitu membuat kenyataan dengan niat melukakan perasaan agama seseorang dan Seksyen 505(c) kanun sama kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat hendak mengapikan mana-mana golongan. 

Siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian. 

Kumar juga memberi amaran kepada semua pihak untuk tidak memainkan sentimen 3R (raja, agama dan kaum) di media sosial sehingga boleh membangkitkan perpecahan dan menggugat keharmonian masyarakat.

Harith Iskader didakwa memuat naik hantaran itu semasa kontroversi sandwic ‘ham and cheese‘ yang dikatakan diragui status halalnya baru-baru ini. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading