DELEGASI RUSIA KE TURKI UNTUK RUNDINGAN IDLIB

ANKARA: Delegasi Rusia akan ke Turki esok untuk membincangkan situasi semasa di Idlib, barat laut Syria, kata Presiden Turki hari ini.

“Kami berusaha untuk mencari penyelesaian melalui rundingan,” kata Recep Tayyip Erdogan kepada wartawan sebelum berlepas ke Azerbajian, menurut laporan agensi berita Anadolu.

Beliau berkata Turki sedang bekerjasama dengan Rusia untuk menyelesaikan isu di Idlib dan Libya.

Erdogan berkata beliau mungkin berjumpa dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin pada 5 Mac untuk membincangkan isu semasa di wilayah itu.

Idlib, berdekatan dengan sempadan Turki, diisytiharkan sebagai zon de-eskalasi oleh Turki dan Rusia pada penghujung 2018.

Rejim Syria dan sekutunya bagaimanapun secara konsisten melanggar gencatan senjata dengan melancarkan serangan berterusan di wilayah de-ekslasi itu, yang mana tindakan keganasan adalah dilarang.

Zon de-eskalasi dihuni empat juta orang awam termasuk ratusan ribuan mangsa hilang tempat tinggal sejak beberapa tahun lalu akibat serangan tentera rejim.

Turki menggesa serangan ke atas Idlib dihentikan segera, membolehkan proses gencatan senjata berlaku, selain mengajak komuniti antarabangsa bertindak. — Terjemahan AlHijrah Online

Leave a Reply