DERITA LEBIH DUA DEKAD HIDUP TANPA BEKALAN ELEKTRIK DI CAMERON HIGHLANDS
“Kami warganegara yang sah dan pembayar cukai yang sah. Harapan kami, tak kira mana-mana kerajaan memerintah selepas PRU-15 ini, kami minta untuk masukkan kemudahan asas sahaja seperti elektrik dan air untuk penduduk di sini,”
Salleh Mohd Samad ketika ditemui krew Berita Alhijrah.
CAMERON HIGHLANDS: Hidup tanpa bekalan elektrik selama lebih 20 tahun dan hanya bergantung kepada genset serta tenaga solar.
Kedengaran sukar, namun itulah realiti yang dilalui 80 keluarga di Kampung Melayu Mawar Tepian Desa (MTD), Cameron Highlands, Pahang.
Usaha bagi mendapatkan infrastruktur asas itu masih menemui jalan buntu berikutan status tanah yang diduduki sejak tahun 2001 itu masih tergantung dan tiada hitam putih.
Salah seorang penduduk, Salleh Mohd Samad, 65, berkata permohonan berhubung kelulusan status tanah itu sudah lama dibangkitkan kepada pihak berwajib termasuklah Pejabat Tanah Daerah, namun tiada sebarang jawapan sehingga kini.
“Kami ada membuat permohonan tapi kami tiada status tanah. Tenaga Nasional Berhad (TNB) perlukan status tanah dan geran sahaja untuk sediakan bekalan elektrik,” katanya kepada krew Berita AlHijrah ketika ditemui di sini.
Salleh atau lebih mesra disapa Pak Leh berkata mereka terpaksa bergantung kepada genset pada waktu malam dengan kos petrol RM20 sehari selain memanfaatkan tenaga solar sebagai alternatif.
Tambahnya, disebabkan generator tidak mampu menampung tenaga yang diperlukan oleh peti sejuk, Pak Leh terpaksa menyimpan bahan basah untuk memasak seperti ikan dan ayam di dalam tong ais dan ia mampu bertahan sehingga seminggu.
Wartawan Nadzirah Sharingat meninjau rumah Pak Leh yang tiada bekalan elektrik sejak 20 tahun.
Bukan itu sahaja, bekalan air penduduk di sini juga bergantung kepada sumber air bukit berhampiran.
“Sumber air yang kami ada sekarang hanyalah air dari bukit dan itu semua atas usaha orang kampung sendiri, tanpa bantuan mana-mana pihak,”
“Harapan kami, tak kira mana-mana kerajaan memerintah selepas PRU-15 ini, kami minta untuk masukkan kemudahan asas sahaja seperti elektrik dan air untuk penduduk di sini,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi penduduk Badruddin Salleh, mengakui terkilan apabila pernah dianggap sebagai pendatang. Sedangkan penduduk di sini telah berjuang habis-habisan demi mendapatkan status tanah.
Badruddin Salleh
Biarpun terpaksa menanggung kos petrol sekitar RM800 sebulan dan kos penyelenggaraan genset yang tinggi, bapa lima anak ini lebih bimbang akan nasib anak-anaknya yang hidup tanpa bekalan elektrik. Bahkan terpaksa mengulangkaji pelajaran bertemankan lampu solar.
“Kami memang perlu berkorban. Kanak-kanak di sini hidup dalam kekurangan, tidak dapat keperluan asas seperti rakan-rakan sebaya dapat,”.
“Kami warganegara yang sah dan pembayar cukai yang sah. Jadi kami harap dapat merasai segala kemudahan asas sebab perkara ni dah terlalu lama,” katanya.
Sementara itu, surau kampung ini yang dibina hasil sumbangan penduduk sejak tiga tahun lepas turut menggunakan sistem solar dengan kos RM15,000 demi keselesaan jemaah.
Menurut Badruddin, penggunaan petrol untuk genset mengundang risiko kebakaran. Malah insiden itu pernah berlaku sebelum ini apabila sebuah rumah terbakar akibat penggunaan lilin.
Justeru, Pak Leh dan Badruddin yang mewakili penduduk Kampung Melayu MTD Cameron Highlands berharap wakil rakyat yang terpilih pada PRU kali ini dapat menyelesaikan isu status tanah dan bekalan elektrik yang telah berlarutan sejak sekian lama. –AlHijrah Online / Nadzirah Sharingat
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.