Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DILARANG PINDAH HAIWAN ELAK SEBAR PENYAKIT FMD

DALAM NEGARA

DILARANG PINDAH HAIWAN ELAK SEBAR PENYAKIT FMD

mouth_thumb JOHOR BAHARU, 21 Jun – Penternak di negeri ini diminta menghentikan segala pergerakan ternakan memasuki atau memindahkan ternakan keluar dari daerah Mersing dan negeri Pahang bagi mengelakkan penyebaran penyakit kaki dan mulut (FMD) mulai 12 Jun lepas. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Johor Ismail Mohamed berkata ini berikutan penemuan kes terbaru melibatkan haiwan ternakan dua penternak di Endau, Mersing dan seorang penternak di Triang, Pahang. “Kita keluarkan arahan ini sebagai langkah kawalan perebakan penyakit FMD. Walaupun kita kesan kes terbaru di Mersing, tetapi arahan ini kita kuatkuasakan di semua daerah,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini. Buat masa ini, ternakan yang dikesan mempunyai penyakit FMD, masih dirawat. Ismail berkata demikian ketika mengulas mengenai penyebaran surat larangan serta merta aktiviti pemindahan ternakan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri bertarikh 12 Jun di media sosial dan aplikasi WhatsApp. Beliau berkata sebarang pergerakan ternakan dalam negeri ini sepatutnya perlu diuji untuk penyakit FMD dan perlu mendapat permit daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri bagi mengelakkan penyakit itu daripada merebak. Sebaliknya, peniaga atau penternak bertindak menggunakan permit lain dan tidak mengikut prosedur Jabatan Veterinar negeri, kata Ismail. “Proses pemindahan lembu melibatkan negeri misalnya perlu mendapatkan kebenaran dari jabatan dan elakkan melakukan sebarang pemindahan secara tidak sah,” katanya. Selain itu, beliau turut mengingatkan penternak agar mendapatkan nasihat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri jika didapati ada ternakan yang dilihat tidak sihat. BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Continue Reading
You may also like...

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading