Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

‘DOKTOR SELESAI PASANG STEN DI SALURAN TERSUMBAT’

DALAM NEGARA

‘DOKTOR SELESAI PASANG STEN DI SALURAN TERSUMBAT’

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang menerima rawatan di hospital akibat masalah jantung dilapor telah selesai dipasang sten di saluran yang tersumbat.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan perkara tersebut menerusi laman sosial Facebook selepas menghubungi Takiyuddin sebentar tadi.

“Saya baru menghubungi Takiyuddin pagi ini. Alhamdulillah beliau telah selamat menjalani pemeriksaan dan beliau maklumkan doktor telah siap memasang sten di saluran yang tersumbat.

“Alhamdulillah semua berjalan lancar dan dijangka akan keluar dalam sehari dua ini. Teruskan doa agar beliau cepat sembuh sepenuhnya,” tulisnya ringkas.

Takiyuddin dilaporkan dimasukkan ke sebuah hospital di ibu negara bagi menjalani pembedahan jantung.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, Takiyuddin dimasukkan ke hospital pada Jumaat lalu kerana kesihatan jantung sehingga terpaksa menjalani pembedahan selama tiga jam.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading