Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISTERI PM SINGAPURA PUJI KADAR VAKSINASI MALAYSIA

DALAM NEGARA

ISTERI PM SINGAPURA PUJI KADAR VAKSINASI MALAYSIA

SINGAPURA: Kadar vaksinasi Malaysia meningkat hingga setengah juta suntikan setiap hari dipuji isteri Perdana Menteri Singapura, Ho Ching.

Beliau memuji langkah yang diambil Malaysia dalam usaha meningkatkan kadar vaksinasi COVID-19.

“Ini juga adalah kadar semasa di USA (Amerika Syarikat), tapi USA mempunyai jumlah penduduk yang 10 kali ganda daripada Malaysia. Go, go, go!,” tulisnya dalam catatan di akaun Facebooknya.

Malaysia berjaya merekodkan jumlah vaksinasi harian COVID-19 melebihi 500,000 dos bagi tempoh enam hari berturut-turut.

Setakat 1 Ogos, jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang bermula 24 Februari berjumlah 21,200,473 dos.

Daripada jumlah tersebut, suntikan dos pertama yang telah diberikan sebanyak 14,247,659 manakala 6,952,814 dos kedua.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading