Dr. Syeikh Muzaffar jawab isu bentuk bumi

Catatan tentang bentuk sebenar bumi yang dikongsi Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor di Instagram miliknya, hari ini.

KUALA LUMPUR – Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha menjawab persoalan bentuk sebenar bumi yang didakwa rata oleh sesetengah pihak di laman Instagram beliau hari ini.

Beliau yang merupakan angkasawan negara dan manusia ke-9 meneroka angkasa lepas terpanggil untuk menerangkan fakta sebenar di balik polemik yang kembali hangat di media sosial kini.

Menjelaskan fizikal bumi berbentuk sfera atau lebih tepat geo-sfera, tertumpu di kutub dan bonjol di garisan Khatulistiwa, beliau memperincikan bentuk sfera tersebut lebih kepada bentuk telur.

Beliau berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menggunakan roket Soyuz TMA-11 buatan Rusia pada 10 Oktober 2007 lalu.

Selain itu Dr. Sheikh Muszaphar juga berkongsi kekagumannya tatkala melihat kebesaran ALLAH SWT ketika di angkasa lepas dan mengaku kesaksian itu akan mengubah perspektif sesiapa secara keseluruhannya.

“Mengelilingi bumi sebanyak 16 kali sehari, setiap 45 minit matahari terbit dan terbenam, mengelilingi orbit dengan kelajuan 27,000 kilometer per jam, laungan azan kedengaran seketika, bibir terkumat-kamit terpegun dengan kebesaran Ilahi.

Kenyataan beliau ini sekaligus menyangkal pemikiran golongan yang percaya dan mempromosi bentuk bumi ini rata.

Leave a Reply