Antara poster yang diletakkan di hadapan Stage 2, Penangpac yang menimbulkan kekeliruan pelbagai pihak dan poster pertama teater itu (kanan) dikeluarkan sebelum ditukar kepada tajuk Love In Georgetown City.
GEORGETOWN – Polis telah menasihatkan penganjur teater ‘Love In
Georgetown City’ agar tidak meneruskan persembahan selepas berlakunya
beberapa kekeliruan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che
Awang berkata, penganjur dinasihatkan berbuat demikian kerana kesilapan
dalam membuat hebahan mengenai teater tersebut sehingga menyebabkan
kekeliruan.
Menurutnya, bagaimanapun, keputusan untuk
memberhentikan persembahan itu bergantung kepada Jabatan Pelesenan
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) kerana ia di bawah bidang kuasa
mereka.
“Pelesenan tempat hiburan adalah di bawah MBPP dan saya telah
memanggil pihak pelesenan untuk berbincang dengan penganjur. Mereka
dinasihatkan agar tidak meneruskan persembahan di atas kesilapan iklan
dan kekeliruan yang timbul.
“Oleh demikian, sama ada akan
teruskan persembahan atau tidak, itu bergantung kepada budi bicara
Jabatan Pelesenan MBPP kerana ia di bawah kuasa mereka, bukannya polis.
Namun, polis akan memantau rapi persembahan ini.
“Sekiranya
terdapat adegan lucah yang dipersembahkan, polis boleh menghentikan
terus persembahan tersebut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Tambahnya,
dalam pemantauan semalam iaitu hari pertama teater itu dipersembahkan,
polis mendapati tiada persembahan berbentuk lucah.
“Ia adalah
sketsa komedi. Bagaimanapun kesilapan penganjur apabila membuat poster
iklan yang memberi gambaran bahawa persembahan teater itu mengandungi
persembahan lucah.
“Oleh kerana kekeliruan ini, maka wujudlah
perasaan tidak puas hati beberapa pihak bahawa terdapat perkara-perkara
maksiat sedang dianjurkan,” katanya.
Difahamkan, penganjur teater
Love In Georgetown City akan membatalkan teater yang dijadualkan akan
membuat persembahan selama empat hari itu.
Bagaimanapun, tiada
kenyataan rasmi dikeluarkan dan difahamkan, pengarah dan penulis Big
Nose Production, Fa Abdul akan mengeluarkan kenyataannya hari ini.
Semalam,
sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) Islam berkumpul di hadapan Stage
2, Penangpac, Straits Quay bagi membantah penayangan teater kontroversi,
‘Love In Georgetown City’.
Mereka mendakwa, Fa Abdul telah
berselindung di sebalik seni untuk mempersembahkan teater yang didakwa
berbaur lucah kepada orang awam.
Tambah mereka, penayangan teater itu juga disifatkan sebagai tidak menghormati Perlembagaan kerana menggalakkan amalan seks bebas dan songsang di kalangan golongan muda. – SINAR ONLINE
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager