Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Tanah runtuh: Dua sekeluarga terperangkap

DALAM NEGARA

Tanah runtuh: Dua sekeluarga terperangkap

Tembok penghadang yang pecah dalam kejadian petang semalam.

JOHOR BAHRU – Dua sekeluarga terperangkap seketika susulan kediaman mereka dihempap tembok penghadang jalan dalam satu kejadian tanah runtuh di Taman Desa Harmoni, Kampung Sungai Buloh, Tebrau, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa seorang lelaki dan seorang wanita bagaimanapun sempat dikeluarkan orang awam sebelum rumah mereka dilimpahi air.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Penguasa Bomba Kanan II, Kamarulzaman Salleh berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 5.23 petang sebelum bergegas di tempat kejadian.

Menurutnya, operasi terbabit disertai oleh enam anggota bomba bersama satu jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS).

Keadaan rumah mangsa yang dimasuki air dan tanah.
Keadaan rumah mangsa yang dimasuki air dan tanah.

“Setibanya di tempat kejadian kami dapati telah berlakunya satu kejadian tanah runtuh yang mengakibatkan penghadang jalan dari kawasan perumahan berasingan pecah.

“Tembok dan tanah tersebut kemudiannya jatuh ke rumah mangsa. Terdapat dua mangsa di dalam rumah iaitu seorang lelaki yang turut mengalami kecederaan di kepala dan bahu. Manakala mangsa wanita selamat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang telah dikeluarkan orang ramai kemudiannya diberikan bantuan kecemasan sebelum dihantar menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI). – SINAR ONLINE


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading