DUA JURUGAMBAR SELAMATKAN WANITA MAHU TERJUN JAMBATAN

GEORGETOWN: Dua jurugambar akhbar tempatan berbahasa Inggeris berjaya menyelamatkan seorang wanita yang dipercayai mahu terjun dari Jambatan Pulau Pinang arah Georgetown kira-kira jam 12.30 tengahari tadi.
Ketika kejadian, jurugambar The Star, Ahmad Zhafaran Nasib, 38, dan jurugambar TheSun, Masry Che Ani, 48, dalam perjalanan dari Butterworth menuju ke Georgetown .
Sebaik melalui kawasan tersebut, mereka melihat seorang wanita berada dalam keadaan mencurigakan di atas tembok jambatan berkenaan.
Menurut Masri, dia memberanikan diri mendekati wanita bertopi keledar itu yang duduk di atas tembok jambatan.
“Selalunya kami bertugas merakam gambar pasukan penyelamat yang melakukan operasi menyelamat, namun tak sangka ia berlaku di depan mata.
“Mahu tidak mahu kami terpaksa mengambil risiko kerana bimbangkan keadaan wanita tersebut, syukur semuanya selamat” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu Ahmad Zhafaran berkata, dia mengambil masa kira-kira 40 minit untuk memujuk wanita itu sementara menunggu ketibaan pihak berkuasa .
Pihak berkuasa tiba ke lokasi kejadian kira-kira 15 minit kemudian. -AlHijrah Online