Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA MURID SEKOLAH RENDAH DI PAHANG DIJANGKITI INFUENZA A

DALAM NEGARA

DUA MURID SEKOLAH RENDAH DI PAHANG DIJANGKITI INFUENZA A

KUANTAN: Dua murid sekolah rendah di Pahang disahkan dijangkiti virus Influenza A, kata Pengarah Pendidikan Pahang, Datuk Dr Tajuddin Mohd Yunus.

Beliau berkata mangsa pertama ialah murid tahun lima di sebuah sekolah di Raub yang dipercayai mula dijangkiti penyakit itu pada Khamis lalu selepas dibawa ke klinik kerana demam.

“Pihak sekolah dimaklumkan oleh ibu bapa kanak-kanak itu yang membawanya ke sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur dan difahamkan telah diberi arahan kuarantin selama lima hari bermula Khamis lalu,” katanya menerusi kenyataan media, di sini, hari ini.

Tajuddin berkata kes kedua direkodkan di Kuantan melibatkan murid tahun dua yang kini sedang mendapat rawatan di sebuah hospital swasta di daerah ini.

Katanya, bapa murid itu memaklumkan anaknya menghidap Influenza A selepas pihak sekolah menghubungi keluarga itu semalam, selepas murid itu gagal hadir ke sekolah bermula 6 Jan lalu.

Beliau berkata Pejabat Kesihatan Daerah telah dimaklumkan mengenai kejadian itu supaya langkah sewajarnya dapat dilakukan bagi mengawal penularan virus itu. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading