Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA PEMUNGUT TELUR PENYU DIHUKUM GANTUNG SAMPAI MATI

DALAM NEGARA

DUA PEMUNGUT TELUR PENYU DIHUKUM GANTUNG SAMPAI MATI

KUALA TERENGGANU: Pukul rakan menggunakan kayu dan topi keledar hingga maut, dua pemungut telur penyu dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, hari ini.

Suspek, Faizol Aznan Muhamad, 40 tahun, dan Mohd Riduan Ismail, 32 tahun dijatuhkan hukuman oleh Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Zainal dalam penghakimannya berkata, laporan forensik menunjukkan kecederaan di kepala, leher, dada dan perut mangsa berpadanan dengan kayu serta topi keledar yang digunakan suspek dalam kejadian itu.

Menurut pertuduhan yang dibacakan, suspek didakwa membunuh mangsa, Razak Abdullah berusia 45 tahun pada jam 7 pagi, 3 Jun 2016, di tepi Pantai Geliga berhadapan sebuah sekolah di Chukai, Kemaman.

Suspek didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan dibaca bersama Seksyen 35 kanun yang sama.

Menurut laporan Berita Harian, kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara dua suspek dengan mangsa yang juga pemungut telur penyu.

Mangsa bertindak menegur suspek yang menyebabkan mereka bertindak agresif dengan memukul mangsa sehingga maut dengan menggunakan kayu dan topi keledar.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading