Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA PESAWAT TUDM KE MESIR, BAWA RAKYAT PALESTIN CEDERA KE MALAYSIA

DALAM NEGARA

DUA PESAWAT TUDM KE MESIR, BAWA RAKYAT PALESTIN CEDERA KE MALAYSIA

Dua pesawat pengangkut Airbus A-400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah diterbangkan ke Pangkalan Udara Al Maza, Mesir untuk membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia bagi menerima rawatan. 

Sumber Gambar: Wisma Putra

KUALA LUMPUR: Dua pesawat pengangkut Airbus A-400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah diterbangkan ke Pangkalan Udara Al Maza, Mesir untuk membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia bagi menerima rawatan. 

 Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama dan berkata segala butiran berhubung misi tersebut akan dimaklumkan dalam minggu ini.

“Ya. Diminta untuk tunggu hingga Jumaat ini, butiran akan dimaklumkan,” katanya ringkas.

Pada 4 Ogos lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat untuk membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia bagi menerima rawatan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pidato dalam acara kemuncak pada Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading