Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUN MELAKA DIBUBAR

DALAM NEGARA

DUN MELAKA DIBUBAR

MELAKA: Dewan Undangan Negeri Melaka dibubarkan berkuatkuasa semalam selepas mendapat kelulusan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam.

Speaker DUN Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata pembubaran DUN dibuat selepas empat ADUN menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

“Tun Mohd Ali telah membuat pertimbangan dan bersetuju untuk membubarkan DUN Melaka ke-14 pada 4 Oktober 2021,” katanya.

Tambahnya dengan pengumuman itu Melaka bakal menyaksikan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Mengikut peraturan, PRN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari bermula dari tarikh DUN dibubarkan.

Kerajaan negeri pimpinan Sulaiman akan menjadi ‘caretaker’ sehingga PRN diadakan. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading