Connect with us

ALHIJRAH NEWS

EL-SISI TEGASKAN SOKONGAN TEGUH MESIR TERHADAP PALESTIN, KECAM SERANGAN KE ATAS GAZA

DUNIA

EL-SISI TEGASKAN SOKONGAN TEGUH MESIR TERHADAP PALESTIN, KECAM SERANGAN KE ATAS GAZA

El-Sisi mengecam serangan ketenteraan berterusan Israel di Semenanjung Gaza, yang disifatkannya sebagai “tragedi kemanusiaan yang memalukan” yang memusnahkan negara dan nyawa serta menyebabkan “puluhan ribu menjadi mangsa.”

KAHERAH: Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi sekali lagi menegaskan sokongan tidak berbelah bahagi Mesir terhadap perjuangan rakyat Palestin, sambil menekankan peranan bersejarah negara itu sebagai benteng terhadap percubaan menentang untuk melemahkannya.

Ketika memperingati ulang tahun ke-43 pembebasan Sinai pada Jumaat, El-Sisi mengecam serangan ketenteraan berterusan Israel di Semenanjung Gaza, yang disifatkannya sebagai “tragedi kemanusiaan yang memalukan” yang memusnahkan negara dan nyawa serta menyebabkan “puluhan ribu menjadi mangsa.”

Beliau menegaskan, usaha pembinaan semula Gaza mesti dilaksanakan selaras dengan pelan Arab-Islam, sambil menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk pemindahan rakyat Palestin.

El-Sisi turut menegaskan, keamanan yang adil dan menyeluruh tidak akan dapat dicapai tanpa penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka, selaras dengan kesahihan undang-undang antarabangsa dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading