RAKYAT JANGAN TERGUGAT DENGAN CELOTEH NEGATIF, SEBALIKNYA LIHAT PADA MASA DEPAN NEGARA – ANWAR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat perlu melihat kepada masa depan negara termasuk perkembangan Kecerdasan Buatan (AI) dan latihan anak-anak muda dalam bidang kejuruteraan serta industri-industri lain.
IPOH: Rakyat diminta untuk tidak tergugat dengan ‘celoteh-celoteh’ negatif termasuk di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, sebaliknya melihat kepada masa hadapan negara dan pencapaian yang dikecapi.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat perlu melihat kepada masa depan negara termasuk perkembangan Kecerdasan Buatan (AI) dan latihan anak-anak muda dalam bidang kejuruteraan serta industri-industri lain.
“Saya nak ambil kesempatan ini untuk menunjukkan bahawa jangan kita cuai, jangan kita ambil ringan, jangan kita digugat dengan celoteh-celoteh seperti di Ayer Kuning.
“Kita sekarang cakap pasal digital, AI, negara terancam dengan tarif, hal-hal latihan anak-anak kita dalam kejuruteraan, bakat baharu, tetapi (apa) yang dibicarakan pasal Kristian, Cina, DAP. Saya tidak katakan kita tidak boleh bicara, tapi lihatlah masa depan kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Bersama Perdana Menteri Peringkat Negeri Perak, di Stadium Indera Mulia Perak, pada Jumaat.
Turut hadir Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu dan Ketua Audit Negara Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi.
Anwar berkata beliau optimis untuk terus membawa masuk pelaburan asing ke negara ini, sekali gus mengangkat martabat Malaysia.
Beliau yang juga Menteri Kewangan yakin bahawa martabat Malaysia mampu diangkat apabila negara dalam keadaan stabil, politik kukuh, dasar dan kerangka ekonomi serta pembangunan negara jelas, serta pelaksanaan jentera pentadbiran lebih efisen.
“Walaupun saya sudah tua tapi pandangan saya optimis, harapan saya tinggi menggunung, kerana saya benar-benar cintakan negara ini dan melihat kepada keupayaan anak-anak dan rakyat, saya yakin kita boleh angkat martabat semua kaum,” katanya.
Sehubungan itu, Perdana Menteri menyeru agar semua pihak fokus kepada usaha untuk melahirkan generasi berdaya saing yang bersedia menghadapi cabaran masa depan, khususnya melibatkan teknologi tinggi seperti AI.
Beliau yang dalam lawatan kerja sehari di Perak, menegaskan Malaysia mampu melonjak ke satu tahap yang lebih baik, sekiranya disokong dengan barisan pimpinan negara yang bersih dan tidak mudah digugat oleh anasir yang melemahkan jentera pentadbiran awam.
Terdahulu, lebih 15,000 pengunjung hadir memeriahkan Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 anjuran Kerajaan Negeri Perak dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan selaku kementerian peneraju. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.