Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMANDU PERODUA BEZZA LAWAN ARUS DITAHAN

DALAM NEGARA

PEMANDU PERODUA BEZZA LAWAN ARUS DITAHAN

Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan memandu melawan arus dan melulu sehingga mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya di hadapan sebuah sekolah di Jalan Hassan, Segamat, pada Jumaat.

Tangkap layar daripada video yang tular di media sosial.

SEGAMAT: Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan memandu melawan arus dan melulu sehingga mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya di hadapan sebuah sekolah di Jalan Hassan, Segamat, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Segamat Supt Ahmad Zamry Marinsah berkata kejadian berkenaan dikesan menerusi rakaman video berdurasi 18 saat yang tular menerusi media sosial memaparkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza berwarna biru dipandu secara berbahaya.

Beliau berkata hasil saringan air kencing mendapati wanita berusia 40-an itu negatif terhadap dadah dan dia juga tidak memiliki rekod kesalahan lampau.

“Wanita itu disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading