Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

EMPAT LAPORAN POLIS BERKAITAN ‘FREE BIBLE COURSE’ DITERIMA SETAKAT INI

DALAM NEGARA

EMPAT LAPORAN POLIS BERKAITAN ‘FREE BIBLE COURSE’ DITERIMA SETAKAT INI

Kejadian yang berlaku berhampiran Bangunan Stadthuys itu, diterima semalam dan aduan dibuat empat individu termasuk kakitangan Jabatan Agama Islam Melaka.

MELAKA: Polis Melaka setakat ini menerima empat laporan mengenai aktiviti mengedarkan risalah berkaitan kitab Injil dan menyebarkan agama Kristian di hadapan Surau Warisan di Bandar Hilir,  di sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata kesemua laporan berkaitan kejadian yang berlaku berhampiran Bangunan Stadthuys itu, diterima semalam dan aduan dibuat empat individu termasuk kakitangan Jabatan Agama Islam Melaka.

“Laporan dibuat susulan video tular di TikTok yang memaparkan sekumpulan individu menyebarkan risalah atau mempromosi agama Kristian kepada orang ramai, di hadapan surau berkenaan.

“Pengadu meminta pihak polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap individu terlibat seperti yang tular dalam video tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, tular video berdurasi 16 saat memaparkan sekumpulan individu menjalankan aktiviti mempromosi Free Bible Course’s di hadapan Surau Warisan, yang merupakan kawasan tumpuan pelancong.

Berdasarkan video dirakam seorang pengayuh beca, niat dan kewajaran kumpulan itu menjalankan aktiviti mempromosi kitab Injil, kini hangat dipersoalkan netizen.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading