SLIM RIVER: Empat lelaki yang sebelum ini tular di media sosial kerana memaki anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Majistret Slim River hari ini atas pertuduhan menghalang tugas penjawat awam.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada P. Panneerselvan, 32; S. Vijandran, 41; A. Sivakumar, 28; dan R. Durai Raaj, 25, selepas masing-masing tidak memahami pertuduhan dibacakan dalam bahasa Melayu di hadapan Majistret Nurul Hidayah Ismail.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa dengan sengaja menghalang penjawat awam, Koperal Muhd. Syahrul Azuwan Ab Manaf daripada menjalankan tugas sebagai anggota polis apabila tidak memberi kerjasama setelah diberi amaran berulang kali untuk beredar dan gagal mengemukakan kad pengenalan ketika diminta.
Perbuatan tersebut dilakukan semua tertuduh di tepi jalan berhampiran Plaza Tol Slim River pukul 3.30 pagi, 16 Oktober lalu.
Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.
Nurul Hidayah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin ke atas setiap tertuduh dan menetapkan 26 Oktober ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan penterjemah bahasa Tamil.
Dalam prosiding sama, Durai Raaj didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan cara menolak badan dan membuka zip vest anggota sama di lokasi serta waktu sama.
Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh sama untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Diyana Zubir, manakala semua tertuduh diwakili peguam A Puvanasvary daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Jumaat lalu, tular video salah seorang daripada lelaki terbabit merakam video dan cuba membuat provokasi sebelum mereka ditahan.
Video terbabit menunjukkan lelaki tersebut mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis selepas dinasihatkan beredar dan tidak membuat bising
Polis sebelum itu menerima aduan terdapat sekumpulan lelaki sedang mabuk dan membuat bising dengan memasang muzik yang kuat di lokasi kejadian. — AlHijrah Online / Hamimah Hamid
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager