Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ENAM CEDERA DIREMPUH KERETA DIPANDU WANITA SAKIT DADA

DALAM NEGARA

ENAM CEDERA DIREMPUH KERETA DIPANDU WANITA SAKIT DADA

Dua parah manakala empat lagi cedera akibat dirempuh kereta yang dipandu seorang wanita di Jalan Balik Pulau, di sini, hari ini.

BALIK PULAU: Dua parah manakala empat lagi cedera akibat dirempuh kereta yang dipandu seorang wanita di Jalan Balik Pulau, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, kemalangan yang berlaku pada jam 9 pagi itu melibatkan tiga jenis kereta dan tiga lagi motosikal.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku apabila wanita berusia 59 tahun yang memandu dari arah Pekan Balik Pulau mengalami sakit dada sebelum terbabas ke laluan bertentangan.

“Kenderaan dipandu wanita itu merempuh sebuah kereta dari arah Simpang Empat Balik Pulau dan tiga lagi motosikal yang tidak sempat mengelak.

“Sebuah motosikal terbabas lalu merempuh sebuah kereta yang diparkir di hadapan sebuah kedai makan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kamarul Rizal berkata, akibat rempuhan itu, dua mangsa parah, manakala empat lagi mangsa masing-masing menerima rawatan di zon kuning dan zon hijau.

“Sementara seorang lagi iaitu pemandu kereta tidak mengalami kecederaan dan mangsa yang cedera dirawat di Hospital Balik Pulau.

“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi bilik gerakan IPD Barat Daya di talian 04-8662222 bagi membantu siasatan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading