Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ENAM LELAKI DITAHAN DISYAKI GADUH DI HADAPAN KLINIK

DALAM NEGARA

ENAM LELAKI DITAHAN DISYAKI GADUH DI HADAPAN KLINIK

Polis menahan enam lelaki semalam disyaki terbabit dalam pergaduhan di hadapan Klinik Kesihatan Taiping, Jalan Tupai seperti yang tular menerusi media sosial.

IPOH: Polis menahan enam lelaki semalam disyaki terbabit dalam pergaduhan di hadapan Klinik Kesihatan Taiping, Jalan Tupai seperti yang tular menerusi media sosial.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Razlam Ab Hamid berkata kejadian yang berlaku pada Rabu lepas itu melibatkan seorang mangsa berusia 48 tahun.

“Kesemua yang ditahan berusia lingkungan 19 hingga 37 tahun. Polis turut merampas sebatang rotan dan kayu disyaki digunakan dalam pergaduhan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Razlam berkata hasil siasatan mendapati pergaduhan tersebut berpunca daripada masalah keluarga.

“Dua daripada lelaki itu mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah. Kesemua yang ditahan direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi serta menularkan video kejadian kerana kes masih dalam siasatan selain mengelak daripada mendatangkan kebimbangan terhadap orang ramai.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading